KUALA LUMPUR: Atlet yang turun dengan status 'underdog' di Sukan Olimpik Paris 2024 seharusnya memasang impian besar untuk mencipta sensasi dengan sekurang-kurangnya mencetak rekod kebangsaan bagi meninggalkan 'jejak' di temasya empat tahun sekali itu.
Penganalisis sukan tempatan Datuk Dr Pekan Ramli berkata pemahaman sekadar untuk menimba pengalaman berharga, dilihat seolah-olah hanya 'makan angin' tanpa menetapkan sasaran buat diri sendiri dan ini perlu diubah dengan segera agar selari dengan perubahan zaman.
Menyedari ia bukanlah sesuatu yang mudah buat atlet, namun tiada yang mustahil sekiranya mereka mempunyai mentaliti 'wajib berjuang bermati-matian' memandangkan mereka ini dikategorikan dalam kumpulan 'nothing to lose' (tidak rugi).
"Kalau boleh yang pergi pertama kali (secara merit) mesti ada sasaran (walaupun) tahu dia mungkin tidak boleh menang, dia mesti pergi all out (sehabis baik) untuk mendapatkan personal best dalam setiap acara yang mereka masuk... kalau boleh cetak rekod kebangsaan.
"Sebab atlet-atlet yang pertama kali masuk Olimpik ini dia rasa macam (mahu) cari pengalaman, namun kena ingat Olimpik ini empat tahun sekali...(Kalau) setakat mahu cari pengalaman belum tentu (Olimpik seterusnya) dapat masuk lagi sebab bukan mudah nak masuk (Olimpik)," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Pekan menegaskan adalah penting untuk atlet mengisi slot Olimpik secara merit berbanding tempat wildcard kerana mereka mempunyai kelebihan tersendiri untuk 'menempa nama' selain dapat mengumpul mata ranking dunia bagi mengukuhkan kedudukan untuk beraksi pada edisi akan datang.
Selain itu, beliau berharap semua pihak berkepentingan menjaga kebajikan atlet dengan sebaiknya bagi memastikan mereka mampu menggalas cabaran negara dalam dua kitaran Sukan Olimpik lagi.
"Atlet kita perlu berjuang untuk layak ke Olimpik secara merit (kerana) kalau yang pergi wildcard kemungkinan empat tahun lagi pastinya ramai atlet negara lain yang meningkat dan menyaksikan mereka terkeluar daripada senarai beraksi.
"Atlet yang masuk (Olimpik Paris) kebanyakannya atlet muda (dan) mereka perlu berjuang habis-habisan (dan) dapatkan prestasi terbaik supaya kita letakkan dia dalam dua kitaran Olimpik lagi.. barulah kita respect kepada mereka," katanya.
Setakat ini, enam atlet iaitu Bertrand Rhodict Lises (terjun), Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran), Johnathan Wong (menembak), Ariana Nur Dania Mohd Zairi (memanah), Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya) dan Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat), telah mengesahkan slot ke Olimpik Paris.
Lima daripada mereka iaitu Bertrand Rhodict dan Ariana Nur Danial yang berusia 19 tahun, Mohamad Aniq, 22, selain Nur Shazrin dan Nur Aisyah, 26, merupakan atlet yang pertama kali bertanding di temasya terbesar dunia itu.
Johnathan sebelum ini pernah beraksi pada Sukan Olimpik Rio 2016 namun gagal layak ke final sebagai lapan terbaik selepas hanya menamatkan cabaran pada tempat ke-28 daripada 46 peserta.
Sementara itu, ditanya sekiranya ramalan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini yang yakin sekurang-kurangya 20 hingga 29 atlet layak dengan tempoh berbaki kira-kira kurang empat bulan, beliau berkata impian berkenaan sukar untuk digapai disebabkan beberapa faktor.
Antara faktor terbesar ialah atlet negara mempamerkan aksi kurang 'menyengat' selain tidak konsisten dalam beberapa siri kejohanan yang disertai.
"Saya nampak rasa agak sukar kita nak pergi dengan jumlah atlet yang ramai kali ini tambahan pula setakat ini lima saja. Mungkin kalau tambah Datuk Azizulhasni Awang (berbasikal) dan pemain badminton mungkin boleh jangka dalam 15 atlet.
"Mungkin ada dua tiga pergi dengan tiket wildcard tetapi saringan atau kelayakan saja sudah terkeluar jadi yang ini yang kita tidak perlulah. Jadi kalau ada sepuluh-sepuluh lah (layak merit) kualiti penting dari kuantiti," katanya.
Sukan Olimpik Paris dijadual berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Pekan menegaskan, adalah penting untuk atlet mengisi slot Olimpik secara merit berbanding tempat wildcard kerana mereka mempunyai kelebihan tersendiri untuk 'menempa nama'. - Gambar fail BERNAMA
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Fenomena astronomi: Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Helikopter terhempas, Presiden Iran disahkan maut: Apa makna kepada Iran, dunia Islam?
Ikuti ulasan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dato' Haji Ahmad Azam Ab Rahman mengenai tragedi helikopter terhempas yang meragut nyawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi pada Isnin.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Ia merupakan aspirasi yang diharap dapat dicapai dalam usaha menstruktur semula ekosistem ekonomi syarikat Bumiputera.
Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung
Seorang bekas penjual tebu yang membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani terlepas hukuman gantung.
15 ditahan kes masak mi segera di stesen minyak di Genting Highlands
Polis menahan 15 individu berkaitan kes tular yang dipercayai melakukan aktiviti memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Sukan Paralimpik: Dua emas jadi sasaran Ziyad Zolkefli menuju ke Paris
Dua kejohanan terbesar ini bakal menjadi kayu pengukur untuk prestasi terkininya setelah lebih sedekad bergelar jaguh lontar peluru negara.
Atlet perlu berjiwa besar raih kejayaan di Paris - Hannah
Komitmen Lee Zi Jia yang meletakkan sasaran pingat emas di temasya Sukan Olimpik Paris perlu ada dalam jiwa setiap atlet negara lain yang layak.
Sukan Olimpik Paris: Larian obor terencat gara-gara kawah gagal dinyalakan
Momentum semangat untuk menyambut temasya Olimpik Paris 2024 sedikit terganggu gara-gara disebabkan kawah obor yang gagal menyala sebaik tamatnya fasa larian.
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Olimpik Paris: Nur Aisyah berkampung di Belgium
Pelumba berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir bakal berada di Belgium mulai 25 Mei ini menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.